Agihan bantuan kepada Peneroka dan Generasi Peneroka Palong 4

Alhamdulillah.

Terima Kasih kepada kepada Ketua MPKk Felda Palong 4 Encik Mahadi, Wakil Pengurusan Pejabat Felda Palong 4 Encik Sani, Timbalan Pengerusi KAF Felda Palong 4 Mohd Nazir serta merka yang menghulur tenaga iaitu pengurusan MPKK dan ahli-ahli KAF Palong 4 kerana membantu membuat agihan bantuan kepada Peneroka dan Generasi Peneroka Palong 4.

Dalam rezeki yang kita perolehi ada hak pihak yang lain. Semoga bantuan yang kecil di saat kesukaran menghadapi covid-19 dapat mengurangkan kesulitan bagi yang mwmerlukan. Semoga usaha yang sedikit dapat mengembirakan hati mereka yang memerlukan.

In sha Allah jika diizinkan ada lagi bantuan yang boleh dihulurkan. Jika ada anak-anak Palong 4 yang sudi memberi sumbangan maka boleh kita kumpulkan dan sama-sama hulurkan bantuan.

Terima kasih buat mereka yang memberi sumbangan dana untuk bantuan ini.Terima Kasih sekali lagi untuk sumbangan tenaga dari membungkus barang yang disediakan sehingga kepada proses mengagihkan bantuan. Maaf tidak dapat turut serta kerana berada diluar kawasan.

“Dan, apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allahlah (datangnya) dan apabila kamu ditimpa oleh kemudaratan, maka hanya kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan.”

(An-Nahl 16 : 53)

Ahmad Kamal Alwi
Pengerusi
Kami Anak Felda (KAF)
Palong 4