Pertubuhan Kami Anak FELDA Malaysia (KAF) ditubuhkan bagi menyatukan seluruh generasi peneroka atas dasar Kebersamaan & Kebersatuan.

FELDA adalah sebuah komuniti ‘economic power house’ dan sosiopolitical power house’  yang perlu di tadbir urus dengan sebaiknya.

Oleh itu KAF  mengambil peranan untuk membangunkan serta memajukan lagi tanah rancangan FELDA di seluruh negara dalam urusan sosial dan politik ini dengan tujuan membentuk komuniti FELDA yang lestari.

Pertubuhan Kami Anak Felda Malaysia (KAF) kini telah beroperasi di seluruh 317 Tanah Rancangan yang meliputi 11 Wilayah di seluruh Malaysia ditubuhkan bagi mengumpulkan keseluruhan generasi FELDA 35 tahun ke atas di bawah satu bumbung.

Mewujudkan lebih ramai belia Felda yang berjaya dalam bidang keusahawanan terutamanya perniagaa bergerak seperti Food Truck.

Terkini